Sulit
4 tahun
Pening kepala belah mata
umur saya 19 tahun, saya start sakit kepala dekat bahagian mata belah Kanan and area kening, sakit yang kejap ada kejap takde and then berdeyut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala yang melibatkan mata boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Bagi mengurangkan migraine, anda dinasihatkan:
- mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan migraine seperti cahaya yang terang, bunyi yang bising, makanan seperti chocolate, kacang dan sebagainya.
- anda juga perlu mendapatkan waktu tidur yang mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.