Sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah sakit kepala berterusan (Continuous Headache). Perlukah saya risau?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 46 tahun dan membuat perniagaan saya sendiri. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seroang suri rumah. Beliau berumur 42 tahun dan kami berdua mempunyai 4 orang anak. Anak- anak saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Perniagaan yang saya buat ini merupakan hasil titik peluh saya sendiri. Saya telah mengusahakan bisnes saya ini sejak dahulu lagi. Pada mulanya bisnes saya kecil sahaja tetapi sekarang sudah pun berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar. Mengikuti perkembangan tersebut maka tanggungjawab saya pun bertambah.

 Saya terpaksa menguruskan pelbagai hal yang timbul dengan sendiri dan tidak mendapat masa untuk meluangkan bersama keluarga. Saya juga kadang-kadang tidak dapat balik ke rumah dan terpaksa makan makanan segera untuk menghilangkan kelaparan. Sejak kebelakangan ini, saya mendapati saya mempunyai masalah sakit kepala berterusan. Masalah ini kadang kala sangat teruk sehingga saya akan muntah dan berasa loya sepanjang hari. Ini telah berlaku selama 3 minggu dan ianya banyak mengganggu kegiatan domestik saya. Banyak mesyuarat yang terpaksa saya batalkan kerana masalah ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang sebenarnya punca kepada masalah sakit kepala berterusan ini? Apa yang dapat saya lakukan untuk mencegah masalah ini daripada berlarutan?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 46 tahun dan membuat perniagaan saya sendiri. Saya sudah berkahwin dan isteri sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Salah satu punca sakit kepala berterusan adalah stress. Hal ini mungkin kerana masalah di tempat kerja yang encik alami. Selain itu, encik juga sentiasa bekerja sehingga lewat malam dan tidak mendapat rehat yang mencukupi. Ini merupakan punca kedua berlakunya masalah ini. Punca ketiga merupakan tabiat pemakanan encik yang tidak sihat kerana sering makan makanan segera. Ini sememangnya merupakan pekara yang harus dielakkan kerana makanan segera mengandungi kandungan garam yang tinggi serta boleh menyebabkan tekanan darah.

Apabila tekanan darah menjadi tinggi maka ianya akan mendatangkan sakit kepala berterusan. Jadi encik haruslah mengubah tabiat pemakanan encik dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Salah satu punca sakit kepala berterusan adalah stress. Hal ini mungkin ke... See More

APAKAH PENYEBAB SAKIT KEPALA BERTERUSAN?

    Sakit kepala berterusan merupakan masalah yang kerap terjadi kepada masyarakat zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia

  • Penyebab utama masalah sakit kepala berterusan ialah tekanan darah tinggi.
  • Seperti yang kita ketahui mengambil makanan yang tidak sihat serta pengambilan makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah kita naik dengan mendadak.
  • Punca lain yang boleh mendatangkan masalah sakit kepala berterusan ini ialah sebarang trauma kepada bahagian kepala. Contohnya, apabila tergelincir dan terjatuh di bilik air sehingga kepala terhantuk kuat pada lantai atau kejadian kemalangan ngeri yang mengakibatkan hentakan kuat pada bahagian kepala. Masalah seperti ini juga boleh menyebabkan jadinya sakit kepala berterusan.
  • Selain daripada itu, punca lain yang boleh mengakibatkan masalah sakit kepala berterusan ini ialah kuasa cermin mata naik. Individu haruslah rajin memeriksa kuasa cermin mata setiap enam bulan untuk memastikan kuasa cermin mata mereka ada pada kadar yang sama.
  • Terdapat juga beberapa prosedur medikal yang boleh mengakibatkan sakit kepala berterusan seperti prosedur ‘lumbar tap’ atau ‘spinal tap’. Hal ini kerana apabila prosedur ini dilakukan, ia mengeluarkan cecair dari tulang belakang kita. Sekiranya cecair tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak, ianya akan menguranngkan tekanan dalam tulang belakang kita sekali gus mendatangkan sakit kepala yang berterusan.
  • Jangkitan kuman pada bahagian ‘meninges’ dalam otak.
  • Masalah ketulan darah yang dijumpai di otak. Ini boleh menyebabkan saluran darah dalam otak tersumbat sehingga berlakunya masalah-masalah yang tidak diingini.
  • Akhir sekali, masalah barah otak. Hal ini sememangnya tidak disukai ramai kerana penyelesaiannya sememangnya tipis tetapi fakta ini tidak boleh diabaikan.

APAKAH GEJALA SAKIT KEPALA BERTERUSAN?

Simptom yang boleh dikaitkan dengan masalah sakit kepala berterusan ini ialah:

  • Muntah
  • Loya
  • Pening
  • Hampir pengsan/pengsan
  • Tidak bermaya
  • Lemah anggota badan
  • Kurang selera makan
  • Berat badan berkurang
  • Demam
  • Pandangan mata terjejas
  • Kurang ingatan

APAKAH RAWATAN UNTUK SAKIT KEPALA BERTERUSAN?

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi berkhasiat ini di samping bersenam untuk menjadikan badan lebih cergas dan otak lebih cerdas.

  • Selain itu, sekiranya seseorang itu memakai cermin mata, maka mereka haruslah rajin memeriksa kuasa mata supaya tidak mencecah kadar kuasa yang tinggi.

  • Mengambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol

  • Mengawal stress dalam kehidupan seharian

BILAKAH HARUS ANDA JUMPA DOKTOR?

Segera berjumpa doktor apabila sakit kepala berlarutan selama dua minggu. Ini sememangnya membuktikan bahawa masalah ini lebih serius dari biasa dan memerlukan perhatian seorang doktor.

Kesimpulannya, masalah sakit kepala berterusan ini haruslah diambil serius dan sebarang langkah yang boleh memulihkannya harus diamalkan dan tidak diabaikan untuk kesihatan.

Sekiranya berlarutan maka ncik haruslah segera berjumpa doktor supaya mereka boleh melakukan sebarang pemeriksaan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah yang serius. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References