2 Jenis Sakit Kepala Yang Anda Perlu Ketahui & Bezakan. Primer Atau Sekunder?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 11, 2020

Soalan:
Salam sejahtera dan selamat pagi doktor. Saya wanita berumur 22 tahun. Saya sudah mengalami masalah ini sejak berusia 16 tahun lagi. Saya dapati saya sering sakit kepala lebih-lebih lagi selepas terdedah kepada cuaca panas dan bunyi yang kuat. Baru-baru ini, saya alami sakit kepala yang melampau dan tiba-tiba saya dapati tangan saya menjadi kebas. Pada ketika itu, saya sedang memegang segelas cawan. Cawan tersebut telah terlepas daripada genggaman saya dan saya juga dapati tangan saya menjadi lemah. Kadang-kala, gejala ini juga boleh menyebabkan saya berasa loya dan muntah. Apabila sakit kepala ini datang, saya memang tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti. Saya perlukan pertolongan doktor untuk memberi penjelasan tentang masalah yang saya hadapi. Saya amat risau jika saya ada barah otak.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan yang anda telah ajukan kepada pihak kami. Masalah yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya: Migrain separa lumpuh (Hemiplegic Migraine) Berkelompok (Cluster Headache) Tekanan (Tension Headache) Strok ringan (TIA) Ketumbuhan pada otak Berdasarkan gejala yang anda hadapi, kami dapati bahawa ia menjurus kepada migrain separa lumpuh. Hal ini kerana, gejala yang anda alami adalah bersifat kronik dan disertai dengan gejala seperti lumpuh. Walaubagaimanapun, pemeriksaan yang lebih teliti perlu dijalankan bagi mengecualikan punca-punca lain dan untuk ketahui diagnosis yang lebih tepat.

Menjadi kelaziman, pesakit sering berkunjung ke klinik kesihatan kerana masalah sakit kepala. Ia adalah gejala yang dialami setiap orang tanpa mengira lapisan usia dan bangsa. Maka, tidak hairanlah iklan-iklan mengenai ubat tahan sakit sering mendapat tempat di kaca televisyen. Pening kepala dan sakit kepala adalah gejala yang berbeza. Namun, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang gejala sakit kepala. Terdapat pelbagai jenis sakit kepala yang menjadi bualan ramai. Antaranya ialah jenis sakit kepala belakang, jenis sakit kepala yang berbahaya, sakit kepala bahagian atas, sakit kepala tension dan sakit kepala cervicogenic.Sesetengah jenis gejala ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat tahan sakit namun terdapat masalah yang memerlukan rawatan segera kerana boleh membawa maut. Hal ini pasti menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ekoran kebimbangan terhadap penyakit yang boleh meragut nyawa ini. 

Gejala ini kebiasaannya diklasifikasi kepada primer dan sekunder. 

  • Tekanan (Tension Headache)

Simptom ini kebiasaannya didahului situasi yang memberi tekanan kepada pesakit seperti perubahan sekeliling yang menyumbang kepada stres, keretakan rumah tangga dan sebagainya. Masalah ini merupakan masalah yang paling kerap dialami berbanding punca-punca lain. 

  • Migrain

Pesakit kebiasaannya akan mengadu kesakitan pada bahagian kiri/kanan, sakit berdenyut, muntah/ loya serta pesakit tidak berdaya untuk melakukan aktiviti seharian kerana gejala tersebut. Sebelum serangan berlaku, pesakit boleh mengalami halusinasi seperti melihat bayangan zig-zag, mengalami deria rasa, telinga berdesing dan sebagainya. Terdapat juga segelintir pesakit yang mengalami gejala seolah-olah mendapat serangan angin ahmar seperti otot yang lemah, kebas dan sebagainya. 

  • Sakit kepala berkelompok (Cluster Headache)

Gejala ini kerap berlaku pada kaum lelaki memiliki durasi 60 minit hingga 3 jam, berlaku secara berulang-ulang sepanjang 3 bulan dan boleh dijangka. Penyakit ini boleh reda dalam tempoh 3 tahun dan kembali semula selepas tempoh tersebut. Gejala yang dialami adalah mata berair, dan sakit pada bahagian belakang mata. Terdapat segelintir pesakit mengadu bahawa kesakitan yang dialami adalah terlalu melampau sehingga boleh menimbulkan keinginan untuk membunuh diri jika serangan berlaku. 

  • Masalah saraf (Trigeminal Neuralgia)

Jika anda mengalami sakit pada bahagian muka selepas melakukan aktiviti harian seperti memberus gigi, memakai alat solek atau bercukur, anda mungkin memiliki penyakit ini. Pesakit mengalami gejala kesakitan yang mencucuk seperti kejutan elektrik pada muka disebabkan masalah pada saraf muka. Bahagian yang sering terjejas ialah pipi, rahang, gigi, bibir dan muka. Kesakitan yang dialami menjejaskan bahagian tersebut tanpa merebak ke kawasan lain. 

  •  Keradangan salur arteri pada muka (Giant Cell Arteritis)

Pesakit yang mengalami penyakit ini selalunya berusia 50 tahun dan ke atas. Mereka akan mengadu sakit pada bahagian kiri atau kanan dahi, sakit pada rahang sewaktu mengunyah, penglihatan menjadi kabur dan kadangkala pesakit mengalami letih yang berlebihan. 

  • Jangkitan Kuman/Virus

Jangkitan kuman pada bahagian otak, Enchephalitis / lapisan selaput otak, Meningitis boleh memberi simptom ini. Jangkitan menyebabkan keradangan pada lapisan selaput otak sebagai mekanisme untuk melindungi badan daripada kuman.

  • Tekanan darah tinggi

Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan struktur darah menjadi mudah lolos sehingga edema berlaku dan menyumbang kepada pembengkakan otak di dalam tempurung kepala. Saiz otak yang membengkak di dalam ruang sempit memberi tekanan sehingga menimbulkan gejala ini. 

  • Radang sinus (Sinusitis)

Apabila radang sinus berlaku, cecair terkumpul di dalam tulang sinus sehingga menyebabkan jangkitan kuman pada cecair tersebut. Cecair yang terkumpul menyebabkan tekanan kepada tulang sinus dan jika ia berlaku pada sinus frontal, ia menyumbang kepada masalah ini.

  • Trauma

Kecederaan pada struktur di otak akibat kemalangan atau kecelakaan akan menyebabkan pendarahan serta lebam atau kontusi pada bahagian otak. Pendarahan akan meningkatkan tekanan pada otak dan menyumbang kepada simptom ini.

  • Pendarahan 

Segelintir pesakit yang mempunyai penyakit seperti salur darah bengkak (Aneurysm) atau keradangan salur darah menyebabkan salur darah tersebut mudah pecah. Apabila pecah, ia menyebabkan tekanan pada otak.

  • Barah/ Kanser Otak

Ketumbuhan tidak kira secara benigna atau malignan memberi gejala tersebut kerana tekanan yang terhasil daripada ketumbuhan yang mengisi ruang tengkorak kepala yang sempit. 

  • Rabun mata

Jika seseorang yang menghidap rabun mata tidak memakai cermin mata. Gejala ini akan timbul kerana mata terpaksa bekerja keras dengan percubaan mengfokuskan mata pada objek yang dilihat sehingga menyebabkan otot mata letih. 

.

Apabila seseorang mengalami gejala ini, kebimbangan yang paling kerap timbul ialah kanser atau barah otak. Namun begitu, insiden kanser otak bukanlah sesuatu yang kerap berlaku seperti yang dijangkakan masyarakat. Selain itu, kanser otak bukanlah satu-satunya yang harus digeruni kerana pendarahan otak serta tekanan darah tinggi juga antara jenis kondisi yang perlu dititikberatkan. Maka, soalan penting yang perlu ditanya oleh setiap doktor kepada pesakit tentang gejala untuk mengecualikan diagnosis serius adalah seperti berikut:

  • Tahap kesakitan gejala (gejala yang paling teruk dalam hidup)
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Karakter gejala seperti seolah-olah dipukul di bahagian belakang kepala menggunakan kayu
  • Pertama kali menghadapi gejala
  • Merasakan seperti badan atau anggota badan lemah atau gejala neurologi
  • Mengalami gejala seperti sawan, pengsan

Sesetengah pesakit yang mengalami gejala ini sering mengadu tentang komplikasi yang mereka hadapi apabila serangan berlaku. Segelintir pesakit tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti dan perlu tidur bagi melegakan serangan tersebut. Keadaan ini amat mengganggu aktiviti seharian mereka. Oleh itu, rawatan awal dan cara berkesan amat penting untuk mengatasi gejala ini

  • Mengambil ubat tahan sakit
  • Mengenal pasti dan mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan serangan seperti cahaya yang terang, bunyi yang kuat dan sebagainya. 
  • Berehat secukupnya kerana tidur yang mencukupi boleh mengelakkan serangan migrain
  • Menjaga pemakanan seperti kafein dan alkohol



Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Daftar dan dapat RM30

Soalan berkenaan - Jenis sakit kepala belakang, Jenis sakit kepala yang berbahaya, Jenis sakit kepala dan cara mengatasinya, Sakit kepala tengah, Sakit kepala berdenyut

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma
Tanya Doktor Percuma 3% cashback untuk setiap pembelian!