Anonymous
5 tahun
Allergic atau eczema
Anak saya berumur 6 tahun mempunyai radang kegatalan di bahagian leeher,telinga ,kepala,pelipatan lutut dan lengan,badan serta muka.saya risau ia sebenarnya penyakit apa
5 tahun
Salam sejatera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Radang kegatalan pada bahagian yang anda nyatakan boleh disebabkan pelbagai jenis masalah kulit.
Maklumat lanjut tentang radang kegatalan tersebut haruslah diketahui sebelum saya boleh membuat kesimpulan. Antaranya adalah:
- Ciri-ciri radang tersebut
- Sebarang pencetus radang
- Apakah yang membuatnya semakin teruk
- Sebarang cara yang boleh melegakannya
- Adakah ini kali pertama radang sedemikian muncul
Kami juga memerlukan latar belakang kesihatan anak anda seperti sebarang allergi yang dialami. Oleh itu, adalah disarankan untuk anda mendapatkan nasihat lanjut bagi mengatasi masalah radang anak anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.