Sulit
4 tahun
Minta pendapat lebih lanjut
berkenaan minum air kunyit untuk ekzema secara berpada-pada, berapa kerap saranan doktor untuk pengambilannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan carian akademik kami, kunyit mempunyai kualiti anti-inflammatory yang boleh membantu dengan kulit gatal. Kunyit digunakan dalam rawatan Ayurvedic masyarakat India dari zamn dahulu lagi. Dalam sehari, anda boleh mengambil kunyit sebanyak 500mg bersamaan 2 1/2 sudu teh sebanyak 3 kali sehari selama 2 bulan untuk kulit gatal. Anda boleh minum atau tambah dalam masakan anda. Penggunaan kunyit dalam kuantiti ini setiap hari tidak digalakkan untuk masa yang terlalu lama kerana keselamatan penggunaannya tidak diketahui. Kesan sampingan yang boleh dihadapi semasa mengamalkan kunyit ialah:
Anda tidak disarankan untuk menggunakan regimen ini sekiranya anda:
- Hamil atau menyusu
- Masalah hempedu
- Batu karang
- Masalah pendarahan
- Kencing manis
- Kekurangan zat besi
- Menggunakan ubat pencair darah dan kencing manis
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.