Perubahan gaya hidup:
Dalam banyak kes, gejala-gejala kembung perut boleh dikurangkan bahkan dicegah dengan mengamalkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah seperti menurunkan berat badan.
Untuk mengurangkan udara terlalu banyak ditelan, anda boleh:
- Elakkan mengunyah gula-gula getah.
- Hadkan pengambilan minuman berkarbonat.
- Elakkan makanan yang menyebabkan gas, sayur-sayuran seperti dalam keluarga kubis, kacang kering, dan lentil.
- Makan perlahan-lahan dan elakkan minum menggunakan straw.
- Gunakan produk tenusu tanpa laktosa (jika anda mempunyai intoleransi terhadap laktosa).
- Probiotik juga boleh membantu dengan menambah bakteria baik dalam usus
Ubat-ubatan:
Rujuk kepada doktor jika perubahan gaya hidup dan diet tidak melegakan kembung perut.