Kulit Kusam & Kering? Kami Kongsikan 4 Jenis Vitamin Untuk Kulit Kekal Baik!

4 Jenis Vitamin Untuk Kulit Yang Baik Dan Sihat - DoctorOnCall
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya Vicky ingin mengadu masalah kepada doktor. Untuk makluman doktor, saya mengalami masalah kulit kering. Apabila kulit saya kering, ia senang untuk merekah dan saya akan merasa pedih pada kulit apabila ia merekah. Saya telah mengalami masalah ini sejak beberapa bulan lepas. Untuk makluman doktor juga, saya bekerja di dalam pejabat dan jarang untuk bermain atau bersukan di luar. Kulit akan menjadi lebih teruk apabila suhu di pejabat bertambah sejuk. Penghawa dingin di pejabat menghala ke arah meja saya dan hal ini menerukkan lagi keadaan. Bolehkah doktor terangkan kenapa saya mengalami masalah ini dan apakah ada suplemen, ubat atau vitamin untuk kulit? Bolehkah doktor terangkan juga cara penjagaan kulit yang boleh dipraktikkan? Terima kasih doktor.
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya Vicky ingin mengadu masalah kepada doktor. Untuk makluman doktor, saya mengalami masalah ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami memahami kebimbangan terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit kering boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah: Atopic dermatitis ataupun ekzema Psoriasis Menggunakan sabun atau syampu rambut yang tidak sesuai (sesetengah sabun atau syampu boleh menanggalkan dan menghilangkan kelembapan semulajadi yang ada pada kulit) Menggunakan air panas semasa mandi/ mandi di kolam yang mempunyai kandungan klorin yang tinggi Terdedah kepada cuaca yang kering Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan diagnosis yang paling tepat, kami perlu berjumpa dengan anda, mengambil maklumat dengan lebih mendalam dan membuat pemeriksaan fizikal dengan lebih lanjut terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan diagnosis. Penerangan tentang penjagaan kulit dan suplemen serta vitamin untuk kulit akan diulas dengan lebih lanjut di bawah.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami memahami kebimbangan terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda... See More

Adakah Vitamin Penting Untuk Kulit?

Penjagaan kulit merupakan suatu keutamaan dan perlu diberikan perhatian oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi kerana ia merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan. Ramai orang akan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan kulit? Adakah dengan cara menggunakan produk kecantikan Korea atau mengamalkan rutin harian kecantikan? Perkara pertama yang akan diberitahu oleh kebanyakan pakar kesihatan dan kecantikan kulit untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik dan cantik adalah dengan mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya UV daripada matahari dan memakai krim pelindung matahari. 

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa cahaya matahari tidaklah begitu teruk dan bahaya seperti yang diwar-warkan. Pendedahan terhadap cahaya matahari selama 10 ke 15 minit sehari sebenarnya adalah bagus untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D pada permukaan kulit. Vitamin D, dan vitamin-vitamin yang lain seperti vitamin C, E dan K adalah penting dan bagus untuk kesihatan kulit.

Dengan pengambilan vitamin yang mencukupi, ianya membantu untuk menampakkan kecantikan dan kesihatan kulit. Ianya membantu dalam mengurangkan bintik-bintik hitam, kemerahan, kedutan, kulit kasar dan kulit kering. Vitamin-vitamin ini boleh didapati dalam bentuk suplemen mahupun daripada pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan serta sayur-sayuran. Diskusi ini bukanlah untuk membincangkan tentang pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif tetapi lebih kepada menerangkan tentang kebaikan vitamin-vitamin yang boleh membantu dalam mendapatkan kesihatan serta kecantikan kulit.

Vitamin D

Vitamin D selalunya terhasil daripada penyerapan cahaya matahari kepada kulit. Kolesterol akan ditukarkan kepada vitamin D apabila ianya berlaku. Ianya penting terutamanya kepada mereka yang menghidap masalah psoriasis. Vitamin akan diangkut ke dalam hati dan buah pinggang dimana ianya akan membantu dalam penghasilan kulit dan sel yang sihat.

Calcitriol iaitu salah satu daripada sub-jenis vitamin D yang dihasilkan oleh badan mempunyai beberapa fungsi terhadap kesihatan kulit dan tubuh badan. Terdapat kajian tentang calcitriol dimana krim calcitriol apabila digunakan dan disapukan pada permukaan kulit mampu mengurangkan keradangan dan iritasi kulit terutamanya terhadap mereka yang menghidap masalah psoriasis.

Jumlah harian vitamin D yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 600 IU dan ibu yang mengandung perlu untuk mengambilnya dengan kadar yang lebih banyak. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari selama 10 minit dan makan makanan yang mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi seperti bijirin, jus oren, yogurt, ikan salmon, tuna dan juga ikan kod.

Vitamin C

Vitamin C mempunyai khasiat dan fungsi anti-oxidan dalam melawan kanser serta fungsi dalam penghasilan kolagen untuk membantu individu mendapatkan kulit yang sihat. Disebabkan peranan vitamin ini terhadap penghasilan kolagen, ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada kulit dan secara tidak langsung, ia akan menampakkan kulit wajah yang lebih muda. Ia juga mampu membantu dalam mengurangkan kerosakan dan kematian sel disamping mempunyai fungsi menyembuhkan luka pada kulit. Disebabkan itu, kita dapat melihat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan kulit yang mempunyai kandungan vitamin C dan kita boleh lihat terdapat pelbagai produk vitamin c untuk kulit di farmasi.

Disebabkan vitamin ini boleh didapati melalui pelbagai jenis makanan dan di klinik atau farmasi, penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C jarang dilihat. Namun begitu, tidak bermaksud kita boleh mengabaikan kepentingan vitamin ini dalam pemakanan seharian kita. Vitamin C terbaik adalah dengan memakan buah-buahan sitrus seperti buah oren dan strawberi, sayur-sayuran seperti brokoli dan sayur bayam, dan minuman seperti air oren. Dengan mendapatkan jumlah vitamin C yang cukup, seseorang dapat merawat masalah kulit kering, kemerahan, kedutan dan tompok-tompok penuaan.

Vitamin E

Kebaikan vitamin E ialah ia merupakan satu mikronutrien yang mempunyai fungsi anti-oxidant yang boleh melawan radikal bebas dan ianya berfungsi sama seperti vitamin C. Namun, fungsi utamanya adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada sinar cahaya UV matahari. Dengan mendapatkan perlindungan daripada cahaya UV matahari, seseorang yang mempunyai vitamin E yang cukup mampu mengelakkan daripada mendapat tompok hitam dan kedutan penuaan.

Secara amnya, vitamin E boleh terhasil daripada sebum kulit, iaitu bahan minyak yang terhasil daripada liang pori di permukaan kulit. Dengan keseimbangan kadar sebum pada permukaan kulit, ia mampu mengelakkan masalah kekeringan pada kulit. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan kulit daripada mengalami masalah keradangan kulit. Sumber Vitamin E ialah melalui pemakanan kekacang seperti kacang almond, kacang hazelnut dan kuaci. Vitamin E juga boleh diambil melalui pil suplemen ataupun krim sapu topikal.

Vitamin K

Ingat vitamin K, ingat sayur kale! Selain daripada sayur kale, vitamin K juga terdapat pada sayur-sayuran lain seperti sayur bayam, sayur salad, sayur kobis dan kacang hijau. Vitamin ini amat penting dalam fungsi pembekuan darah terutamanya ketika berlakunya kecederaan, luka, lebam dan juga ketika pembedahan dijalankan.

Dari segi kesihatan kulit, vitamin K mampu membantu dalam menghilangkan kesan tanda keregangan (stretch marks), parut, tompok-tompok hitam, dan juga kesan hitam pada bawah mata. Kandungannya boleh didapati daripada pelbagai krim topikal untuk kulit dan ia mampu merawat pelbagai kondisi dan masalah kulit. Doktor selalu menggunakan krim yang mempunyai kandungan vitamin K terhadap pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengurangkan kebengkaan dan kesan lebam. Walaubagaimanapun, kajian terhadap keberkesanan vitamin K terhadap kulit adalah kurang berbanding dengan vitamin E dan C.

References