ismanorfahmi
5 tahun
Eczema di tapak kaki dan pergelangan buku lali
Saya mengalami exzema di tapak kaki dan pergelangan buku lali kaki kiri dan pernah mencuba ubat Cap Kaki Tiga, ianya menjadi lebih teruk. Kemudian semasa di Bucharest, Romania, saya ada membeli Diprogenta cream dan keadaan eczema semakin OK.
Saya ingin membeli Diprogenta Cream
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah eczema yang dihadapi.
Diprogenta cream mengandungi betamethasone dan mempunyai ciri-ciri antibakteria yang lazimnya digunakan secara sapuan kepada kulit. Ia biasanya digunakan untuk melegakan:
- eczema
- ruam dan alahan pada kulit
- ruam yang tidak teruk pada kulit
Anda boleh menggunakan fungsi chat ataupun bercakap dengan doktor kami pada link ini * (DoctorOnCall)untuk nasihat sebelum preskripsi ubat ini.
Anda juga boleh meneroka link pautan medicine ini jika berhasrat untuk meneruskan tempahan ubatan.
Terima kasih