Sulit
4 tahun
Angin dalam badan dan fibroid
Mak saya 50year old. Mak saya ada masalah susah nk buang angin dlm badan. Perut mak saya buncit after beranak time 2010 and bila tekan tekan dia rasa angin. bila check dia ada fibroid. But mak saya tak nk buat operation sbb dia ckp fibroid tu tak mmbesar pon. But, dia selalu sakit perut, and selalu la terbaring and tekan tekan perut dia. When I asked, dia ckp dia susah nk keluar kan angin dlm badan. So I nk tny, simpan fibroid lama lama bahaya tak ? And knp angin susah nk keluar dr bdn and buatkn perut mak saya mcm pregnant ?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang ibu anda hadapi. Untuk maklumat anda, fibroid ialah masalah dimana terdapat ketumbuhan pada rahim dan perut pesakit akan nampak buncit dan besar jika fibroid tersebut bersaiz besar. Antara komplikasi fibroid ialah kemandulan, kesukaran untuk hamil dan juga pendarahan yang sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi yang lebih teruk malah boleh menyebabkan kematian jika pendarahan tersebut tidak dikawal.
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ibu anda hadapi. Terima kasih.