Sulit
3 tahun
Sy terkadang senggugut teruk. Dan salalu tidak selesa bawa perut
Sy wanita umur 31 tahun… Dan sy baru d kesan ada fibroid… Terkadang sy senggugut teramat sakit… Ada cara ke untuk kecil kan fibroid, tanpa buang
Sy sangat risau
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami di atas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, fibroid ini merupakan ketumbuhan di rahim yang tidak agresif. Penyebab gejala fibroid ini adalah keturunan keluarga dan genetik, peluang untuk mendapati meningkat dengan umur wanita akibat perubahan tahap hormon dalam badan.
Terdapat beberapa cara untuk mengubati gejala ini iaitu:
- Suntikan Depot Leuprolide untuk mengecilkan saiz fibroid.
- Pembedahan untuk mengeluarkan fibroid atau rahim.
Rawatan fibroid hanya boleh dimulakan dalam hospital selepas doktor membuat pemeriksaan dan ujian untuk memberi diagnosa yang tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.