Sulit
4 tahun
Kebimbangan tentang fibroid
Saya berumur 28 thn dan baru sahaja melahirkan anak Jun yg lalu. Selepas beranak, baru saya dapat tahu yg saya ada fibroid. Doktor hospital scan saiz fibroid saya 4cm selepas sehari beranak. Dan selepas 4 bulan, doktor minta saya follow up dan saya pergi scan, Oktober, saiz fibroid 2.7cm.
Sekarang ini, menjadi kerisauan saya ttg fibroid. Adakah fibroid boleh menyebabkan saya susah mengandung selepas ini? Adakah fibroid boleh menyebabkan senang untuk gugur pada awal kehamilan? Saiz fibroid ni boleh kawal lagi ke, atau boleh bagi kecil macam mana? Adakah 2.7cm tu dikira besar? Saiz berapa yg memerlukan pembedahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, fibroid rahim adalah pertumbuhan jinak (bukan kanser) yang berkembang dari tisu otot rahim. Mereka juga dipanggil leiomyomas atau myomas. Saiz, bentuk, dan lokasi fibroid boleh berbeza-beza. Mereka mungkin berada di dalam rahim, di permukaan luarnya atau di dalam dindingnya, atau melekat pada dinding rahim seperti struktur batang. Seorang wanita mungkin hanya mempunyai satu fibroid atau banyak dengan saiz yang berbeza. Fibroid mungkin akan kekal sangat kecil untuk jangka masa yang panjang kemudian tiba-tiba berkembang pesat, atau berkembang perlahan selama beberapa tahun.
Disamping itu, makanan tidak dapat merawat atau mencegah penyakit ini, akan tetapi, diet harian dan gaya hidup anda mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko perburukan dimasa hadapan. Amalkan diet boleh membantu mengimbangi hormon-hormon yang boleh mencetuskan pertumbuhan ini.
Merujuk kepada ketidaksuburan, harus diketahui bahawa walaupun fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan, ia adalah amat jarang sekali. Hal ini kerana kesuburan dipengaruhi oleh banyak faktor sehingga kehadiran fibroid tidak menganggu kejadian proses kehamilan.
Sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda tentang pilihan-pilihan rawatan yang boleh dilakukan, Andai kata penyakit anda mencetuskan masalah, terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk membantu mengecutkan pertumbuhan.
Untuk mengetahui perawatan yang sesuai untuk puan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.