hazfarina78
4 tahun
Pertama kali darah haid berwarna hitam
Saya wanita berumur 41 tahun.Mempunyai 3 orang anak.Tahun lepas saya pertama kali keguguran pada usia kehamilan 10 minggu.Semasa scan doktor maklumkan saya ada fibroid.setakat ini period saya normal,tetapi pertama kali bulan ini period pada hari pertama berwarna hitam dan perut saya rasa tak selesa.Terasa perut sakit seperti menyucuk.Saya tidak membuat apa-apa follow up tentang fibroid saya dan sehingga sekarang saya tidak tahu berapa saiz fibroid saya.Mohon doktor bagi saranan untuk masalah yang saya hadapi ini.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah haid hitam boleh terjadi kerana:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Pendarahan fibroid
- Keguguran
- Ketumbuhan didalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.