Apakah Penyebab Darah Haid Warna Hitam(Black Menses) Yang Perlu Saya Tahu?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pegawai hotel. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini, dalam 2 bulan yang lepas, saya mengalami darah haid yang berwarna hitam walaupun pada hari pertama haid datang. Saya berasa agak pelik dan mula risau kerana kebiasaannya darah haid saya berwarna merah terang untuk 3 hari yang pertama haid datang. Tetapi, tiada sebarang ketulan darah yang kelihatan dan saya tidak mengalami sebarang senggugut. Sejak saya mengalami darah haid yang berwarna hitam ini, kitaran haid saya mula menjadi tidak teratur tetapi saya masih mengalami 7 hari tempoh haid dan mengalami pendarahan yang banyak ketika haid datang.

Selain daripada itu, saya tidak mengalami apa-apa sakit di bahagian abdomen dan bahagian yang lain dan mempunyai selera makan yang baik serta tiada sebarang penurunan berat badan. Saya bercadang untuk pergi ke farmasi tetapi saya sejujurnya tidak tahu ubat apa yang perlu diambil. Untuk pengetahuan doktor, saya ada mengambil pil perancang beberapa bulan yang lepas.Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada masalah haid saya yang berwarna hitam ini? Adakah gejala yang saya hadapi ini berkaitan dengan pil perancang yang saya ambil dan haruskah saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut?
Anonymous
Hello, doktor. Saya berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pegawai hotel. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda beri, kemungkinan besar gejala yang anda hadapi berkaitan dengan pil perancang yang anda ambil. Pil perancang boleh menyebabkan darah haid anda menjadi warna hitam dan ia akan pulih selepas beberapa bulan. Tetapi, jika anda tidak berasa selesa dengan warna haid yang hitam, bolehlah anda berjumpa dan meminta nasihat doktor supaya dapat menukar jenis perancang keluarga yang lain. Darah haid yang berwarna gelap atau hitam akan sering menyebabkan ramai wanita bimbang kerana mereka sudah biasa dengan darah haid yang berwarna merah. Tetapi, warna coklat gelap, bintik-bintik hitam yang berkaitan dengan haid anda tidak semestinya petanda bahawa anda mengalami sesuatu penyakit yang serius. Sebenarnya, banyak wanita mengalami darah haid yang berwarna gelap terutama pada akhir haid mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyebab lain yang menyebabkan darah haid menjadi hitam sebelum atau selepas tempoh haid anda. Kadang-kadang, kitaran haid yang tidak teratur, penggunaan pil perancang, dan menghampiri menopaus boleh menyebabkan darah menjadi gelap atau hitam ketika haid datang. Dalam sesetengah kes, gejala-gejala lain yang mengiringi darah hitam mungkin bermakna bahawa ia adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor untuk membincangkan mengenai pendarahan haid yang tidak normal.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda beri, kemungkinan besar gejala yang anda hadap... See More

APAKAH ITU DARAH HAID WARNA HITAM?

    Kitaran haid anda berlaku selama 28 hari dan tempoh haid bermula pada hari pertama anda mengalami pendarahan haid. Jika tidak ada telur yang disenyawakan yang tidak tertanam di lapisan rahim(endometrium), lapisan itu akan gugur dan ini akan menyebabkan pendarahan haid yang kebiasaannya berwarna merah terang ke warna merah gelap. Walau bagaimanapun, kitaran haid setiap wanita adalah berbeza dan tidak semua wanita mengalami gejala yang sama.

    • Jadi, apakah maksudnya apabila darah haid anda hitam? Darah hitam atau merah sangat gelap biasanya darah lama yang akan dikeluarkan bersama dengan darah baru. Ini sepatutnya sesuatu yang tidak perlu dikhuatiri. Pada penghujung tempoh haid anda, ia mungkin berwarna hitam, merah jambu, atau coklat. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada "proses pembersihan" apabila badan anda membuang lapisan rahim. Darah yang berada di lapisan rahim untuk jangka masa yang lama akan menjadi coklat dan akan menjejaskan warna haid anda.
    • Oleh itu, apabila darah haid berwarna hitam atau coklat gelap, biasanya ia bermakna ada darah lama yang masih mengalir. Bergantung pada jumlah darah haid bersama-sama dengan darah lama, warna darah boleh bertukar antara coklat atau coklat gelap atau hitam.
    • Tetapi jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena atau berasa sangat bimbang dengan darah haid yang berwarna hitam, berjumpalah dengan doktor anda.

APAKAH PENYEBAB DARAH HAID BERWARNA HITAM?

Fasa akhir haid, warna darah akan menjadi lebih gelap

  • Bergantung kepada aliran darah anda, terdapat sejumlah darah yang sedikit masih tertinggal di dalam vagina dan berubah warna menjadi coklat. Sebagai contoh, sesetengah wanita mengalami aliran darah haid yang perlahan dan ini menyebabkan masih terdapat darah haid yang tidak dibuang sehabisnya.

Kitaran haid tidak teratur

  • Tempoh haid yang tidak teratur boleh menyebabkan perubahan pada aliran haid yang boleh menyebabkan darah lama dikeluarkan semasa haid anda.

Pil perancang

  • Apabila anda mula mengambil pil perancang, anda mungkin mendapati bahawa anda mempunyai darah haid berwarna hitam dalam beberapa bulan pertama. Kontraseptif oral akan menjejaskan hormon badan anda untuk mengelak ovulasi yang berlaku setiap bulan dan menjejaskan lapisan rahim untuk mengelak daripada kehamilan berlaku. Perubahan terhadap tahap estrogen dan progesteron akan memberi kesan kepada kitaran haid setiap bulan dan boleh menyebabkan darah haid menjadi gelap.
  • Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor mengatakan bahawa darah gelap atau hitam yang dikaitkan dengan pengambilan pil perancang hanya akan berlanjutan selama 3 bulan pertama atau lebih dan kemudian ia akan pulih seperti biasa dan bertukar kepada warna merah semula.

Fibroid di rahim

  • Ia adalah pertumbuhan tisu dalam rahim yang boleh mengganggu kitaran haid anda dan menyebabkan darah haid menjadi hitam. Disebabkan fibroid boleh menyebabkan pendarahan vagina yang tidak normal, ada kemungkinan darah tersebut kekal dalam rahim dalam tempoh masa lebih lama daripada yang sepatutnya dan kelihatan gelap atau hitam ketika ia keluar.

Perimenopaus

  • Dalam tahun-tahun semasa peralihan ke tahap menopaus, anda mungkin mengalami darah haid yang lebih gelap sama ada berwarna hitam atau coklat gelap. Ia adalah kerana haid sudah menjadi kurang kerap dan anda mungkin mengalami aliran haid yang lebih ringan.

Kanser

  • Bagi sesetengah kes yang jarang berlaku, penyebab kepada darah haid yang hitam mungkin kerana pertumbuhan kanser dalam sistem reproduktif anda. Walaupun majoriti kes untuk darah haid yang hitam tidak perlu dibimbangkan, ia masih salah satu tanda bagi kanser rahim.

Kehamilan

  • Semasa mengandung, anda akan mengalami peningkatan cecair daripada vagina dan ini benar-benar normal dan tidak perlu dibimbangkan. Ramai wanita kehilangan sejumlah kecil darah semasa kehamilan dan pada minggu kehamilan yang terakhir, anda mungkin mengalami pengeluaran cecair yang likat seperti mukus tebal bercampur dengan darah.

Keguguran

  • Cecair coklat gelap atau hitam semasa mengandung boleh menjadi salah satu gejala keguguran.

APAKAH GEJALA DARAH HAID WARNA HITAM?

APAKAH RAWATAN DARAH HAID WARNA HITAM?

  • Darah haid hitam itu sendiri bukanlah suatu penyakit tetapi ia boleh menjadi petanda kepada keadaan yang serius atau akibat beberapa perubahan besar pada tubuh wanita.
  • Oleh itu, menyelesaikan masalah darah haid hitam pada asasnya bermakna mencari penyebab untuk keadaan ini dan seterusnya mendapatkan rawatan yang betul . Perkara utama yang perlu diingat adalah darah hitam pada penghujung tempoh haid adalah sesuatu yang normal.
  • Tetapi bagi sesetengah kes yang lain, adalah seeloknya anda berunding dengan pakar sakit puan untuk memeriksa sebarang penyakit yang serius. Anda juga boleh memerhatikan dulu perubahan untuk beberapa bulan tetapi jika darah haid anda masih hitam, berundinglah dengan doktor secepat mungkin.

BILAKAH HARUS ANDA JUMPA DOKTOR?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan vagina dalam keadaan yang berikut:

  •  Terdapat perubahan besar dalam kitaran haid anda.
  •  Anda mempunyai 3 atau lebih kitaran haid yang berlaku lebih daripada 35 hari.
  •  Tempoh haid anda berterusan lebih daripada 7 hari.
  •  Anda mula mengalami pendarahan yang sangat banyak ketika haid datang dan tidak seperti selalunya.
  •  Anda telah menopaus tetapi masih mengalami pendarahan daripada vagina.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.
Terima kasih.

References