Sulit
2 tahun
Areola mengecut dan breast sakit tetapi tidak selalu
Saya perempuan berumur 20 tahun. Minggu lepas, payudara saya belah kanan gatal tapi di bahagian tepi mungkin disebabkan pemakaian bra saya yg tidak sesuai, apabila naik bintik2, saya letak minyak gamat dan gatal2 kemerahan hilang. Hari demi hari breast saya sakit tapi tak selalu. Kelmarin saya perasan areola saya mengecut kadangkala dan sakit. Saya ada periksa sekiranya ada ketulan ke apa, tapi tiada. Areola hanya mengecut kadangkala dan rasa sakit di breast tetapi tidak selalu. Adakah saya menghidap penyakit berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat kulit tercedera
- Pemakaian baju dalam yang terlalu ketat atau produk kain yang mengiritasi kulit
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Crack nipple
- Gangguan kulit yang lain
Walaupun gejala yang dialami mungkin tidak mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan payudara anda saat ini sebelum apa apa kesimpulan boleh dibuat - khususnya apabila gejala berterusan atau bertambah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.