Sulit
3 tahun
Masalah bengkak di payudara
Saya ibu menyusu …Saya mempunyai masalah bengkak di bahagian puting di payudara …sentiasa sakit bila tersentuh atau bergesel di bra…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kebengkakan dan sakit pada bahagian puting payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kebanyakan ibu menyusu yang mengalami sakit dan bengkak pada payudara adalah disebabkan oleh bengkak susu. Selain itu, masalah seperti mastitis, eczema puting, kelenjar susu yang tersumbat, dan abses payudara juga boleh menyebabkan masalah anda. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada pakar yang bertauliah supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.