Sulit
3 tahun
Payudara sakit hampir dua minggu
Assalammualaikum saya telah berkahwin 8 bulan berumur 33 tahun, hampir dua minggu payudara saya terasa bengkak dan ngilu di bahagian puting. Namun result Upt adalah negatif. Cycle period saya setiap bulan tiada masalah. Sakit payudara saya tak pernah saya rase sebelum ni.
3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami sakit pada payudara yang terasa seperti bengkak dan ngilu di bahagian puting. Kami akan cuba membantu anda.
Simptom-simptom anda boleh dikaitkan dengan masalah-masalah berikut :
- Simdrom pra-haid
- Kehamilan
- Eczema kulit/puting
- Jangkitan kuman
- Paget’s disease of the nipple
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ketulan pada payudara atau ketiak, perubahan pada kulit payudara atau keluaran cecair daripada puting, sila rujuk kepada doktor kerana ia boleh menandakan kanser payudara. Sekiranya anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.