Sulit
2 tahun
False negative positive covid
Berkenaan covid,selepas seminggu saya mengalami sakit tekak…4hari lepas, saya start demam,saya buat covid self test dan resultnya -ve.keesokannya ,kondisi saya semakin teruk,demam on off dan mula cirit birit.saya buat semula test dan mendapati keputusan saya agak kurang jelas…line T saya nampak line yang sangat2 pudar…jadi saya terus ambil inisiatif utk kuarantin dan update dalam mysejahtera mengenai kondisi saya…selepas 3 hari ,saya semakin sihat n buat test kendiri resultnya -ve… adakah kondisi ini normal atau saya alami false negative/positive result? Mohon penjelasan…sekian terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, Jika ujian anda mengembalikan dua garisan merah - satu di sebelah C dan satu di sebelah T - ini bermakna ia adalah keputusan positif dan anda mempunyai Covid-19 apabila ujian itu diambil.
Malah garisan samar di T menunjukkan anda positif terutamanya anda mengalami simptom. Anda dinasihatkan untuk mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan KKM.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19