Sulit
2 tahun
Gastrik angin & anxiety
hello doctor,saya perempuan berusia 17 tahun.Pada tahun lepas saya dijangkiti covid bulan 9,saya category stage 2,lepas saya kuarantin saya dapat tahu saya ada gastrik angin & anxiety,saya kerap sakit dada akibat angin,sakit kepala,nafas pendek,kerap sendawa,sakit badan & rusuk.Doctor ada bagitahu saya menghidapi long covid.Adakah long covid ni bahaya?Dan bagaimana cara sihat dari long covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa orang yang dijangkiti COVID-19 selalunya mengalami simptom dalam jangka panjang (iaitu, LONG COVID), termasuk keletihan, sesak nafas dan kesukaran neurokognitif. Mekanisme penyakit yang menyebabkan Long COVID tidak diketahui, dan tiada pilihan rawatan berasaskan bukti. Garis panduan klinikal memberi tumpuan kepada pengurusan simptom setakat ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.