Sulit
4 tahun
Sakit kaki dibahagian sekitar lutut kaki kiri
Saya wanita berumur 23 tahun telah menjalani pembedahan scope pada march 2020 kerana jatuh moto pada February 2019. D Melakukan pembedahan kerana kaki tidak dapat lurus dan bengkok sepenuhnya. Pembedahan scope tersebut doktor telah membuang parut di dalam bahagian lutut saya. Selepas 2 hari saya di benarkan pulang dan excercise bengkok dan lurus kaki dirumah. Selepas sebulan, appointment dgn doktor saya masih tidak dpt bengkokkan kaki sepenuhnya tetapi boleh lurus (better dri sbelum pembedahan tapi doktor kata tak lurus cantik sebab tak melekuk) dan menhantar fisioterapi di klinik. Selama fisio kaki saya tidak dapat bengkok kerana bila di paksa bengkok terasa seperti tarik di bahagian tepi atas lutut(peha) dan bawah (lutut). Tetapi pada bulan lepas saya telah jatuh kerana sewaktu turun step terasa kaki lemah dan selepas itu kaki saya terasa lebih sakit drpda sebelum ini dan sakitnya tidak setempat tetapi sakit yang terasa tarik dibahagian peha dan betis sebelum ini sudah tidak ada. 2 minggu lps appointment dgn doktor saya memberitahu keadaan kaki saya terasa sakit di bahagian calves terasa sprti kejang apabila dibengkokkan dan sewaktu berjln. Doktor telah melakukan scan dgn alat sprti ultrasound dan tiada apa2 dan mengatakan pelik sakit saya ni jadi disuruh melakukan xray. Slepas melakukan xray dan comparekan dgn xray sbelum doktor kata ada serpihan tulang dkt bhagian blkg lutut dan mungkin serpihan tu yang menyebabkan sakit itu dan memberikan tarikh untuk membuat ultrasound hari ini.
Hari ini saya diminta untuk xray sekali lagi tetapi apabila xray yg dikatakan serpihan tulang di belkang lutut kaki itu tidak ada. Sewaktu ultrasound doktor tanya di mana tempat paling sakit dan scan di bahagian tersebut dan katakan tiada apa2 elok sahaja.
Jadi saya inginkan tanya sakit kaki saya ini bila dipaksa bengkokkkan kaki sakitnya di bhgian tepi atas lutut (sakit terasa pedih bila makin dibengkok) dengan dan sakit sperti mengeras dibhgian betis atas bwah pelipat lutut dan dibhgian dlm lutut sperti mngeras. Bila berjalan sakitnya terasa kdg di bhgian depan kdg di bhgian tepi belakang lutut.kdg sewaktu atau slps excercise sakit dibahagian betis kdg dibahagian depan kaki tulang keting. Juga sekrg bila bangun dri duduk kerap bunyi mcm meletup dibhgian lutut dan bila berjln tersa tulang seperti bergesel.kaki saya juga kdg tersa msnyucuk di bhgian dlm lutut dan kdg tengah relax jadi kebas Pada pendpat doktor apakah masalah kaki saya ini? Saya penat seperti disalah erti dikatakan berlakon saja kaki saya ini sakit
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan yang terperinci.
Berdasarkan keterangan yang diberikan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai situasi yang anda tengah hadapi. Untuk makluman anda, para doktor yang telah menjumpai anda setelah menggunakan alat pengimejan dan meniliti kes anda dengan lebih mendalam, mempunyai informasi yang lebih dan secukupnya untuk memperoleh diagnosis yang lebih tepat.
Oleh itu, jawapan dari pihak kami hanyalah keterangan am mengenai masalah yang mungkin anda hadapi.
Kami tidak mempunyai kemudahan lebih yang membantu untuk memberi penjelasan yang lebih tepat. Namun, pihak kami hanya boleh mengemukakan beberapa kemungkinan punca masalah yang ada hadapi. Terdapat beberapa sebab berlakunya gejala anda iaitu :
- Proses penyembuhan lambat selepas pembedahan Arthroscopy
- Komplikasi dari pembedahan yang dilakukan seperti jangkitan kuman, alahan kepada bahan penguat sendi (jika ada), dan juga bengak dalam lutut (meniscus)
- Keradangan sendi (Arthritis)
- Knee bursitis
- Masalah pengsarafan di bahagian lutut
- Jangkitan kuman yang merebak.
- Salur darah tersumbat oleh darah beku pada kawasan lutut
Untuk makluman anda, informasi yang diberi di atas hanyalah keterangan am dan hanyalah cuma andaian. Kami menasihatkan anda untuk mengikut arahan yang ditetapkan oleh doktor serta meneruskan sesi fisioterapi dan memakan ubat-ubat yang telah di bagi preskripsi. Jika keadaan anda semakin teruk, anda harus berjumpa dengan doktor anda dengan secepat mungkin.
Jika anda mempunyai soalan lain, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.