Sulit
4 tahun
Penyebaran Covid melalui sentuhan permukaan objek
Saya nak tanya virus covid 19 boleh tersebar melalui sentuhan di permukaan yang lain.
Contoh peralatan seharian Kita Guna di luar rumah Seperti kunci , telefon Bimbit , dompet. Boleh kena Covid ke di atas permukaan kunci Dan Telefon Bimbit.
Jikalau boleh tersebar melalui permukaan Seperti ini apakah cara untuk melindungi Kita apabila Kita Guna peralatan seharian Kita di luar rumah Dan kembali di rumah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penularan COVID-19 pada selalunya adalah melalui cecair paru-paru atau hidung daripada mangsa jangkitan. Sekiranya titisan cecair batuk atau bersin yang mengandungi virus tersebut telah menyentuh permukaan pada sesuatu objek, maka virus tersebut juga masih mempunyai daya keupayaan untuk menular ke individu lain yang menyentuh permukaan tersebut. Ini dikenali sebagai Contact Transmission. Kami tidak pasti mengenai tempoh virus tersebut boleh berdaya tahan pada permukaan objek-objek yang disebutkan di atas, tetapi terdapat kajian yang menyatakan ia bertabiat seperti jenis-jenis Coronavirus yang lain sebelum ini, iaitu antara tempoh jangka masa 2 jam sehingga 9 hari. Namun, perkara ini akan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti suhu, kelembapan, jenis permukaan dan juga jenis virus yang terlibat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaraan anda ataupun diri anda dan kerapkan membasuh tangan selepas menyentuh mana-mana permukaan yang asing. Ini termasuk barang-barang yang diberi oleh mana-mana pihak asing seperti barang kiriman pos, surat dan sebagainya.
Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan sentiasa memakai topeng muka jika perlu berada di luar rumah. Jaga kebersihan diri dengan kerap membasuh badan atau mandi selepas berada di luar rumah, serta mengamalkan jarak sosial sejauh 1 meter ketika berada di kawasan ramai orang. Bersama-sama kita bekerjasama bagi membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang melanda dinegara kita ini. Stay Safe.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.