Sulit
4 tahun
Sakit tekak lebih 3 minggu bermula mac
Slm…saya telah mengalami sakit tekak sebelah kanan sahaja bermula 20.03.2020 sehingga sekarang,tiada demam,batuk,sesak nafas dan sebagainya,hanya sakit tekak…saya tiada contact dgn org positif dan tidak pernah menghadiri apa apa perhimpunan atau keluar negara sebelum ini.adakah ini simptom covid?dan kebiasaannya sakit tekak sebab covid berapa lama tempohnya…saya dah ke klinik swasta dan diberi antibiotik utk 7 hari,saya dah 2 hari makan antibiotik tetapi sakit masih ada,tidak berkurang dan tidak bertambah,masa makan ok je…xsakit…cuma selalu rasa pedih2 dan gatal2 di tekak sebelah kanan,apakah masalah saya ini sebenarnya?..mohon pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Setakat ini, tiada laporan mengenai tempoh sakit tekak bagi pesakit yang dijangkiti COVID-19. Ianya berbeza mengikut individu.
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Habiskan dahulu ubat yang dibekalkan oleh doktor. Ianya mungkin mengambil sedikit masa sebelum ianya berkesan. Selain itu, anda harus menghabiskan ubat antibiotik yang dibekalkan walaupun gejala anda sudah baik sebelum ubat itu habis. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.