Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya ialah seorang wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai seorang kerani. Saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan selain daripada masalah obesiti dan kolesterol tinggi. Dalam 3 bulan yang lepas, saya telah mengalami masalah pada tangan kanan saya. Kadang-kadang tangan saya berasa kebas terutamanya di bahagian ibu jari.
Masalah ini sudah menjadi semakin teruk sehingga saya terbangun dari tidur kerana tangan terlalu sakit dan kebas. Rasa sakit ini berkurang sekiranya saya meregangkan tangan untuk seketika. Namun demikian, masalah ini telah menjejaskan prestasi saya di pejabat kerana susah untuk saya menaip laporan dengan cepat. Saya telah cuba mengurut dan menyapu minyak kapak pada tangan tetapi kesakitan tersebut tidak berkurangan. Rakan sekerja saya memberitahu bahawa mungkin saya mengalami sindrom carpal tunnel. Bolehkah doktor menerangkan tentang masalah ini serta cara merawatnya?
Terima kasih atas soalan cik. Berdasarkan gejala-gejala yang digambarkan oleh cik, saya berpendapat bahawa anda kemungkinan menghadapi masalah sindrom carpal tunnel (Carpal Tunnel Syndrome). Gejala-gejala yang sedang dialami oleh cik adalah sejajar dengan sindrom ini. Cik juga mempunyai beberapa faktor risiko untuk sindrom carpal tunnel ini, seperti jantina, usia, pekerjaan serta berat badan. Hal ini demikian kerana para wanita, terutamanya yang tinggi berat badan lebih cenderung mengalami masalah ini. Pekerjaan cik sebagai seorang kerani yang melibatkan cik kerap menggunakan computer menyebabkan tekanan kepada saraf tangan terutamanya kawasan pergelangan.
Namun demikian, cik janganlah terlalu risau terlebih dahulu. Sekiranya sindrom ini dikesan dan dirawat awal, cik dapat mengelakkan komplikasi berpanjangan. Saya juga ingin menasihati cik supaya berjumpa dengan doktor pemeriksaan tangan cik.
Sindrom carpal tunnel ini merupakan sesuatu keadaan di mana berlakunya tekanan kepada saraf median (“median nerve”) dalam pergelangan tangan seseorang menyebabkan rasa sakit dan kebas. Keadaan ini lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding dengan lelaki, dan kebanyakan kes (80%) berlaku dalam kalangan orang yang berusia 40 tahun ke atas.
Saraf median ini berasal dari sebuah saraf tunjang dan melalui seluruh lengan hingga ke tangan. Sebelum sampai ke tapak tangan, saraf ini perlu melalui sesuatu terowong yang sempit dalam pergelangan tangan. Terowong ini terdiri daripada tulang-tulang di pergelangan tangan serta ligamen. Oleh itu, seseorang yang gemuk akan mempunyai terowong yang lebih kecil daripada biasa disebabkan lemak berlebihan di kawasan tersebut yang menghimpitkan terowong saraf.
Seperti yang dinyatakan, faktor-faktor risiko seperti jantina perempuan, usia melebihi 40 tahun serta obesiti menjadikan seseorang lebih cenderung menghidap penyakit ini. Terdapat juga penyebab lain seseorang mengalami sindrom carpal tunnel ini:
Gejala sindrom carpal tunnel biasanya melibatkan tangan dominan, iaitu tangan yang biasa digunakan untuk menjalankan aktiviti. Walaupun demikian, sesetengah pesakit mengadu sakit pada kedua-dua belah tangan. Gejala sindrom ini terdiri daripada:
Sindrom carpal tunnel ini boleh dirawat dengan cara mengawal simptom sakit serta mengelakkan penyakit ini daripada bertambah teruk. Bagi mereka yang ingin rawatan efektif dengan serta-merta, pakar perubatan menyarankan kaedah pembedahan. Antara cara-cara untuk merawat sindrom ini adalah:
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko mengalami penyakit ini, anda haruslah mengambil inisiatif untuk mencegah diri daripada mengalami penyakit ini. Contohnya:
Penyakit carpal tunnel ini merupakan sesuatu masalah yang mudah dirawat sebelum terjadinya komplikasi yang berkekalan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan seharian. Saya berharap bahawa nasihat saya dapat memberikan panduan dan jalan penyelesaian kepada cik. Untuk sebarang soalan lanjut, sila lawat laman web kami di www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - sindrom carpal tunnel semasa hamil, terapi carpal tunnel syndrome, punca sindrom carpal tunnel, urut carpal tunnel, kesan carpal tunnel syndrome
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my