Sulit
3 tahun
Gastric-jenis jenis makanan yang saya perlu ambil dan rawatan apa yang saya perlu ambil dan bila sakit ni berulang apa yang perlu saya buat
hai doktor…saya rakish umur 36 tahun…saya baru 3 hari lepas mengalami sakit gastric dan saya telah ke klinik berdekatan untuk jumpa dengan doktor dan doktor memberitahu saya yang saya mengalami sakit gastric…sebelum saya berjumpa dengan doktor saya tengah bekerja tiba tiba mata saya jadi kabur dan susah nak bernafas dan saya terus ke klinik berdekatan…saya telah mengambil ubat ubat untuk gastic sudah masuk hari ke2 saya masih mengalami benda yang sama tapi tak seteruk hari pertama hari yang saya mengalami…saya berharap doktor boleh bantu saya…sebelum itu saya memberitahu doktor saya perokok tegar dan minum alkohol dan saya kadang2 makan tidak ikut masa dan juga makan makanan pedas…saya harap doktor boleh bantu saya untuk mengatasi masalah yang saya hadapi ini…pertolongan doktor saya amat hargai dan mengenang jasa baik doktor sekian terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk mengurangkan gejala atau merawat gastrik, anda boleh lakukan perkara ini:
- Mengelakkan makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak
- Mengambil makanan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil
- Memberhentikan ubat NSAIDs sekiranya menjadi punca
- Menjauhi minuman beralkohol
- Mengurangkan stress
- Berhenti merokok
Buat waktu ini anda boleh cuba untuk melakukan perkara ini untuk mengurangkan simptom:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan anda mengikut jadual pemakanan yang sihat & berkhasiat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor dengan kadar segera, sekiranya gejala berlarutan atau bertambah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.