Sulit
3 tahun
Allergic dan gastric sehingga sesak nafas
Saya wanita dlm 15 tahun, setelah saya makan udang saya telah mengalami gastric yg agak teruk sehingga susah bernafas. Saya terkena gastric sejak hari isnin yg lalu (20/9/2021) sehingga sekarang masih belum pulih…saya sudah berjumpa dengan doctor utk mendapat kan rawatan tetapi gastric saya masih belum pulih sepenuhnya…kalau saya berada di keadaan yg agak sejuk ataupun panas saya akan mula berasa sesak nafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah gastrik yang teruk yang tidak sembuh walaupun anda telah mengambil ubat. Kami akan cuba membantu anda.
Anda memaklumkan anda mengalami gejala sesak nafas. Gejala sesak nafas boleh disebabkan oleh alahan, penyakit asthma, jangkitan pada saluran pernafasan, masalah keresahan, masalah GERD ataupun gastritis. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor sekali lagi untuk mendapat rawatan yang lebih sesuai untuk anda. Jika gejala sesak nafas anda bertambah teruk, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.