Sulit
3 tahun
Bolehkah saya makan gaviscon selepas makan ubat gastrik yg diberi oleh doktor
saya telah pergi ke klinik pagi tadi kerana mengalami pedih pada dada dan sakit perut seperti kembung. doktor mengatakan saya ada gastrik dan beri ubat gastrik iaitu MMT swecon, pantoprazole, dan buscopan. saya dah makan ikut presciption yg dr bagi tapi dada saya masih rasa pedih. boleh ke kalau saya nak makan gaviscon untuk hilangkan rasa pedih dekat dada ni? sebab last saya makan ubat MMT swecon dan buscopan tu pukul 8pm tadi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh makan gaviscon. Selain itu, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya penyakit gastrik, penyakit asid refluks (GERD), penyakit ulser peptik dan lain. Ubat doktor anda berikan itu dapat bantu anda dalam perkara-perkara di atas juga.
Sekiranya gejala anda tidak sembuh atau anda bergejala lain, sila merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.