Sulit
3 tahun
Gastrik selama 5 hari
walaupun Sudah try prlbagai ubat. Cirit lagi tidak boleh tahan.pls help me.saya vwanita dalam linkungan 40’an.pernah admit 1 hari di hospital swasta. Selepas balik masih sama
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gastrik yang anda hadapi. Untuk makluman anda, organ perut mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan asid dan enzim untuk mencerna makanan. Asid yang dihasilkan oleh perut mampu melukakan perut, tetapi dinding perut dilindungi daripada hakisan asid tersebut oleh sebuah lapisan lendir yang bersifat melindungi. Penyakit gastrik berlaku apabila berlaku keradangan lapisan dalam perut akibat hakisan asid. Fenomena tersebut mungkin kerana lapisan lendir yang kurang atau penghasilan asid perut berlebihan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Penyakit gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut) atau secara progresif (gastrik kronik).
Faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan atau memperberat gejala penyakit gastrik ini adalah seperti:
- Merokok
- Usia yang lanjut
- Stres yang berlebihan
- Keturunan keluarga
- Sering mengambil makanan yang pedas
- Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
- Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit
Antara tips untuk merawat masalah ini adalah seperti:
- Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
- Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
- Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
- Kawalan stress yang baik
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih