Dikemaskini pada: Jun 5, 2020
Doktor, saya mempunyai beberapa soalan tentang penyakit HIV. Saya telah menjalani hubungan seks beberapa bulan lalu. Semasa itu saya tidak mengguna kondom. Selepas hubungan tersebut, saya tidak mempunyai masalah kesihatan sehinggalah minggu lepas di mana saya telah demam beberapa hari. Saya tidak mengalami simptom lain yang merisaukan. Saya risau ia mungkin disebabkan HIV kerana saya difahamkan HIV boleh berjangkit melalui hubungan seks jika tidak mengguna kondom. Saya tiada risiko lain seperti menyuntik mengguna jarum yang dikongsi atau mengambil dadah. Pasangan saya dalam hubungan seks tersebut adalah seorang wanita.
Saya lelaki berumur 27 tahun dan tidak ada masalah kesihatan sebelum ini. Saya ingin mengetahui jika demam yang saya lalui minggu lepas mungkin tanda HIV. Perlukah saya menjalani ujian seperti ujian darah untuk mengetahui samada jika saya ada HIV. Saya baca di internet bahawa terdapat beberapa ujian yang boleh dibuat secara cepat dan mendapat keputusan dalam hari yang sama. Adakah apa-apa yang saya boleh buat sekarang atau ubat yang boleh saya makan untuk mencegah jangkitan HIV? Saya juga keliru antara AIDS dan HIV. Adakah mereka penyakit yang sama? Nasihat doktor amat dihargai. Terima kasih.
Layari laman web www.doctoroncall.com.my.untuk maklumat lanjut.
Rujukan
Soalan berkenaan - berapa lama masa infeksi hiv, cara penularan virus secara umum, penularan penyakit b20
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my