Sulit
3 tahun
Sering diserang gastrik dan gerd dan dah terlalu lama
Saya berumur 51tahun,dah mengalami sakit ni hampir 25tahun.Sejak akhir ni kerap kena.kurang selera makan,sakit kepala,rasa mengah,kerap sendawa angin,sakit perut,dada dan belakang.Dah makan ubat tapi berkurangan sekejap sahaja tetap kena lagi walaupun dah berpantang makan.
3 tahun
Salam sejatera,
Terima kasih atas persoalan anda, kami memahami kegelishan yang anda sedang mengalami.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami anda mengalami gejala kurang selera makan, sakit kepala, rasa mengah, kerap sedawa angin, sakit perut, dada dan belakang.
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah gastrik dan GERD atau berkaitan dengan masalah yang lain. Masalah gastrik dan GERD yang kronik boleh menjadi serius dan menyebabkan masalah lain seperti:
- Ulser perut
- Pendarahan ulser
- Radang esofagus
Selain itu, terdapat beberapa komplikasi yang lebih serius seperti kanser esofagus dan kanser perut yang boleh berlaku. Memandangkan gejala anda tidak berkurangan selepas mengambil ubat, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah anda serta mendapatkan rawatan selanjutnya.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian bagi mandapatkan nasihat peribadi.
Harap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.