Sulit
4 tahun
Lenguh bahagian peha hingga ke tumit kaki
Salam doktor, sy berusia 28 dan baru sahaja melahirkan anak pertama secara normal (epidural)pd mei 2020. Selepas 2 bulan bersalin setiap hari saya rasa lenguh dibahagian peha, luntut hingga ke tumit kaki & kerap rasa sakit dibahagian ari ari @ rahim. Adakah sy ada masalah dgn rahim @ saraf?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom tersebut. Antaranya:
- Radang Appendik
- Batu Karang
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf tunjang
- Trauma pada bahagian pinggang dan kaki
- Jangkitan pundi kencing
- Radang usus
Bagi wanita, masalah ini boleh berpunca daripada permasalahan yang berkaitan dengan sakit puan seperti:
- Kista ovari
- Kandungan ektopik
- Jangkitan rahim, saluran kencing
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom berikut:
- Demam
- Muntah
- Kebas pada kaki
- Sakit yang berpanjangan melebihi 2 minggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.