Sulit
5 tahun
Membuang corn di kaki
Saya berumur 48 thn dan terdpt corn di tapak kedua2 kaki
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah corn dan callus timbul akibat bahagian kulit tesebut yang terdedah keapada gesekan dan tekanan secara berterusan. Ini boleh timbul akibat daripada penyakit seperti arthritis dan juga ukuran kasut yang tidak sesuai.
Antara yang boleh dilakukan bagi merawat corn dan callus adalah:
- Rendam kaki selama kurang lebih 10 minit sehingga bahagian tersebut lembut
- Asah bahagian tersebut dengan alat pengasah untuk membuang sel kulit mati
- Sapukan krim pelembap setiap hari
- Lekatkan atau letakkan alas agar bahagian tersebut tidak terkena tekanan lagi
- Gunakan kasut yang sesuai
Bagaimanapun, sekiranya anda tidak tahu luka tersebut adalah corn ataupun callus, atau sekiranya terjadi kesakitan atau sekiranya anda mempunyai diabetes, adalah amat digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor agar dapat diberikan ubatan sesuai dan agar masalah dapat ditangani dengan segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.