Sulit
3 tahun
Tumit kaki kiri apabila berjalan
Saya wanita 23 tahun dan bujang . Sepanjang tempoh sebulan saya sakit tumit belah kiri , saya telah mendapatka rawatan daripada 2 buah klinik . Malah sehingga kini sakit masih tidak reda bahkan makin sakit . Saya telah diberi ubat anti-radang . Bahagian tumit rasa berbisa apabila berdiri mahupun berjalan .
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit pada tumit belah kiri. Kami akan cuba mambantu anda.
Umumnya gejala sakit tumit yang berterusan boleh disebabkan oleh:
- keradangan pada bursa (bursitis)
- keradangan tendon (tendonitis)
- regangan otot pada kawasan tapak kaki
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- osteomyelitis
- ketumbuhan pada tulang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.