Sulit
4 tahun
Jatuh tangga, sakit kaki
nenek saya berumur 78 thn, dua hari lepas die jatuh dalam 1-2 anak tangga di rumah, terhantuk kepala dan terlipat kaki mungkin. lepas jatuh, nenek saya sakit bhg kakinya, area sendi buku lali dan area kaki sebelum kawasan jari. kaki die juga bengkak dan agak warm. saya nak tnya, patutkah saya bawa die ke klinik segera? apa yang saya patut lakukan dan bagaimana saya patut rawat kakinya? saya juga takut risk utk die trkena covid 19 sekiranya saya bawa die ke klinik. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Sakit kaki setelah terjatuh adalah satu keadaan yang selalu berlaku. Terdapat pelbagai punca. Antaranya ialah:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang buku lali) adalah sebab biasa pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Untuk mengetahui punca masalah ibu anda, kami memerlukan maklumat lanjut, justeru itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.