Sulit
3 tahun
Mual dan kurang selera makan
hi doctor, saya berumur 18 tahun, doktor sejak kebelakangan ini saya kerap berasa mual, kurang selera makan, gatal di bahagian anus, dan saya juga merasa dada saya seperti terbakar kadang-kadang, adakah saya mengalami gastrik juga? kerana saya juga cepat berasa kenyang dan cepat berasa lapar tapi. Hal ini menambahkan lagi kerisauan terhadap diri saya. terima kasih doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami anda mempunyai masalah mual, kurang selera, cepat kenyang, lapar, pedih dada dan gatal pada anus. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, banyak penyakit yang boleh membawa gejala berikut. Contohnya adalah:
- GERD (gastro-esophageal reflux disease)
- Radang pada perut atau usus
- Ulse peptik
- Gastrik
- Jangkitan pada gastrik
- Kehamilan
- Kanser perut
Sepertimana di atas, banyak perkara boleh menyebabkan simptom berikut. Tetapi ini bukannya diagnosis tepat mengenai gejala yang anda alami. Hal ini kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal yang dilakukan.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi
Kami menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.