Sulit
2 tahun
Mual sepanjang hari dan tidak selesa pada dada
Saya lelaki umur 20 tahun mengalami mual sepanjang hari, saya juga rasa seperti sesuatu tersekat di dada menyebabkan saya berasa tidak puas untuk bernafas. Saya juga berasa lenguh di belikat menyebabkan saya sentiasa berasa tidak selesa. Bolehkah doktor beri cara untuk menghilangkannya
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa mual boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Dada kurang selesa pula boleh disebab oleh penyakit gastrik, penyakit asid refluks(GERD), masalah pada sistem pencernaan, angina, tanda kencing manis, tanda darah tinggi, gangguan saluran darah dan selainnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.