Sulit
3 tahun
Gangguan rasa dan bau /loya mual
Saya perempuan berumur 16 Tahun masalah adalah Saya Tak makan selama 5 Hari kerana tiada selera bila makan benda masin atau bau minyak goreng pun jadi Tak menyenangkan.Telur ikan ayam pun jadi rasa loya hanyir+metalik +logam Dan kembang tekak Tak tahu apa punca Saya survive melalui air makanan masam Dan Manis sahaja. Minum ORS ubat charcoal pun Tak berkesan. Dah pergi ke klinik tapi doctor pun cakap dia Tak tahu nak buat macam Mana adui
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah anda iaitu, kurang selera makan, dan rasa mual dan loya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda bole disebabkan oleh beberapa perkara iaitu :
- Gastritis
- Esophagitis
- Ulser perut
- Jangkitan pada sistem penghadaman
- Masalah pemakanan (Eating disorder)
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.