Sulit
3 tahun
Muntah-muntah dan sakit ulu hati
saya wanita 20an mengalami muntah-muntah dan sakit ulu hati selepas makan ubat zincofer yang doktor bagi. selepas itu saya rasa seperti nak jatuh setiap kali nak jalan. adakah itu kesan sampingan dari ubat tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, zincofer adalah ubat mengandungi zat besi baisanya diambil untuk meningkatkan penghasilan darah tubuh untuk pesakit kurang darah atau untuk wanita bersedia untuk mengandung.
Kesan sampingan umum zincofer adalah seperti sakit perut, sakit ulu hait, loya, muntah, cirit-birit, sembelit, najis warna gelap dan selainnya. Gejala rasa nak jatuh bukan kusan sampingan zincofer, mungkinnya ia disebab oleh kelesuan, kurang darah, sakit otot, sakit sendi dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.