Sulit
3 tahun
Rasa Loya dan Lemah,muntah masam
Saya lelaki berumur 32 tahun,selepas makan,saya rasa loya sangat dan muntah masam,kenapa ya
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda mengalami rasa mual serta masam setelah makan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa mual dan masam dalam mulut setelah makan adalah simptom refluks. Refluks ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah saraf pada injap gastro-esofagus
- Esofageal web
- Kanser esofagus
- Ketumbuhan pada mediastinum
- Striktur pada esofagus
Senarai tersebut hanyalah diagnosis umum. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Hal ini kerana, jika dibiar berlarutan anda mungkin akan mengalami masalah susah telan makanan pepejal.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi