Sulit
2 tahun
Mudah berpeluh apabila suhu dlm rumah panas, atau buat kerja angkat barang, peluh mencurah2 terutamanya dari kulit kepala
Saya berumur 42, lelaki. Rambut gugur di tgh kepala. Kerap minum nescafe, kurang minum air putih. Kaki mudah kebas terutamanya di peha, waktu malam biasanya. Kuat merokok, hampir sekotak sehari. Kerap rasa sakit di dada, seminggu sekali. Rasa mcm dada sempit, sampai ke telinga rasa sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah anda yang mudah berpeluh. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berpeluh ketika suhu panas atau apabila anda melakukan sesuatu aktiviti adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, sekiranya anda berpeluh dengan banyak walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti, ini mungkin menandakan masalah kesihatan.
Tabiat yang anda lakukan seperti kerap minum nescafe dan kurang minum air putih boleh menyebabkan anda mengalami kekurangan air dalam badan terutamanya selepas banyak berpeluh. Merokok juga merupakan salah satu tabiat buruk yang harus ditinggalkan. Rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah jangkitan paru-paru, asma dan masalah jantung yang mungkin menjadi punca anda sering sakit dada.
Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talianagar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.