Sulit
3 tahun
Saya selalu berpeluh
Saya lelaki berusia 27 tahun …saya selalu berpeluh pada muka …tak kira waktu hujan ke waktu sejuk ke sentiasa berpeluh… kadang-kadang selepas mandi pon berpeluh dengan banyak … berpeluh terlalu kerap …
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tangan kerap berpeluh.
Untuk pengetahun anda, kondisi ini dipanggil hiperhidrosis. Masalah ini berpunca daripada saraf kelenjar peluh yang terlebih aktif di bahagian tangan atau kaki. Rawatan sebenar bagi kondisi ini melalui pembedahan ke atas urat saraf yang terlibat.
Antara cara lain bagi mengatasi masalah ini adalah:
- Menyediakan handkerchief
- Elakkan persekitaran terlalu panas atau terlalu sejuk
- Gunakan lotion yang mengandungi antiperspirant
Sekiranya kondisi ini mengganggu aktiviti harian anda, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi selanjutnya.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.