Sulit
4 tahun
Peluh yang sangat berlebihan
Saya seorang lelaki berumur 20 tahun. Saya dapat penyakit ni masa umur 13 tahun. Makin lama makin teruk. Saya akan berpeluh kalau bercakap dengan orang yang saya tak kenal atau kurang rapat. Peluh tu boleh datang bila2 masa… saya rasa macam ada orang pandang saya… dah jadi makin teruk… saya malu nak jumpa orang… saya dah jumpa doctor… doctor check hyperthyroid cuma subclinical dan peluh saya tu perkara biasa… peluh saya dah dapat kritikal sebenarnye… apa yang saya perlu buat… saya takut masa depan saya… saya takut tak boleh bekerja…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, seseorang yang kerap berpeluh memiliki satu kondisi dimana mereka mempunyai kelendar peluh di badan yang terlalu aktif iaitu hyperhidrosis. Selalunya, kondisi ini wujud secara natural.
Terdapat beberapa penawar yang boleh dicuba untuk mengawal peluh berlebihan seperti:
- Menggunakan antiperspirants
- Berikan masa sebelum memakai baju sebelum mandi
- Sentiasa berdingin
- Cukur bulu ketiak
- Elakkan permakanan yang menyebabkan peluh berlebihan seperti: makan prosesan, minuman alkohol, makanan berlemak dan makanan pedas.
Untuk pengetahuan lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.