Sulit
3 tahun
Kerap peluh di kepala dan leher
bila makan benda pedas akan terus berpeluh tanpa henti. lps mandi dlm 20 minit akn berpeluh di bahgian kepala dan leher
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.
A) Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis”
“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak.
B) Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis
Jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat.
Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:
- Iontoforesis : Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
- Ubat antikolinergik : Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
- Botox : Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
- Pembedahan : pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
- Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.