Sulit
3 tahun
Ujian hati sangat tinhgi ingin mengetahui punca dan perlu kah pemeriksaan dilakukan
Saya berumur 46 tahun mendapati ujian hati ALT 86 dan GGT 520 sangat tinggi
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, bacaan ALT dan GGT yang tinggi boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Secara umumnya, keputusan siasatan anda menunjukkan masalah pada hati anda. Ia boleh disebabkan oleh hepatitis, pengambilan alcohol secara berlebihan, dan penyakit hati lain.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menggunakan khidmat nasihat online kami supaya doktor kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.