Sulit
2 tahun
Keluar darah selepas buat colonoscopy
Selamat pagi doktor. Sebelum ni saya mengalami cirit birit berpanjangan & kembung perut dan doktor pakar sarankan untuk menjalani colonscopy saya bersetuju dan colonscopy tersebut telah dibuat semalam tiada menjumpai sebarang permasalahan pada usus tetapi pada pagi ini semasa saya membuang air besar terdapat darah keluar bersama najis dalam jumlah yang melebihi 1 sudu adakah normal keadaan tersebut atau saya perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda baru melakukan colonoscopy dan kini mengalami najis berdarah serta sakit pada anus. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda alami adalah kesan sampingan biasa setelah colonoscopy. Antara gejala lain yang mungkin anda alami adalah:
- najis berdarah, boleh menjadi selama 2 minggu
- Rasa kembung jika doktor menggunakan udara semasa prosedur
- Rasa sakit pada anus atau perut
Namun begitu, kami sarankan agar anda mendapatkan bantuan doktor secepat mungkin jika mengalami:
- gejala berikut pada kadar yang semakin teruk
- demam
- najis berdarah melebihi 2 minggu
- perut yang keras dan sangat sakit
- tidak boleh melepaskan kentut
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.