Sulit
3 tahun
Ujian darah mendapati bacaan ggt adalah tinggi
Saya berumur 46 tahun dan ada buat medical check up dgn mengambil darah di klinik swasta biasa. Bacaan gamma saya adalah 146 dan adalah tinggi. Boleh huraikan kesan dan punca.
Setakat saya tidak paati ada apa2 tanda disebabkan perkara itu. Adakah saya mengalami apa2 masalah serius berkenaan dgn bacaan itu
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
- Gamma-glutamyl transferase (GGT) adalah enzim yang terdapat di banyak organ di seluruh badan tetapi paling banyak di hati. GGT meningkat dalam darah dalam kebanyakan penyakit yang menyebabkan kerosakan pada hati atau saluran hempedu. Oleh itu, ianya digunakan untuk menilai kemungkinan, penyakit saluran hempedu atau untuk membezakan antara penyakit hati dan tulang yang keduanya menyebabkan peningkatan alkali fosfatase (ALP). Kadang-kadang untuk menyaring atau memantau penyalahgunaan alkohol
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.