Sulit
2 tahun
Leukocytes ,selepas jalani ujian air kencing ,saya dapati sel darah putih saya trace
I’m 19 years
Semalam saya dpt results berkaitan dengan ujian air kencing saya,saya dapati sel darah putih saya iaitu leukocytes saya trace
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mendapati keputusan ujian air kencing anda mempunyai leukocytes. Saya akan cuba menjelaskan situasi ini dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan leukocytes trace dalam ujian air kencing, antaranya:
- Jangkitan salur kencing (UTI)
- Keradangan
- Batu karang
- Penyakit berkaitan buah pinggang
- Penyakit berkaitan pundi kencing
Anda disarankan untuk berbincang mengenainya dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang sewajarnya.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.