Sulit
2 tahun
Atasi kolesterol tinggi
Saya wanita berumur 40 tahun. Saya ada buat saringan kesihatan melalui ujian darah. Bacaan Total Cholesterol 5.4 H, Non HDL Cholesterol 3.9 H, LDL Cholesterol 3.6 H. Bagaimana cara untuk saya turunkan bacaan tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menurunkan bacaan kolesterol anda. Antaranya adalah:
- Banyak makan sayur dan buah
- Makan makanan yang rendah lemak
- Makan makanan yang kaya kandungan omega 3
- Melakukan olahraga secara teratur
- Mengawal berat badan
- Berhenti merokok jika anda sedang merokok
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.