Sulit
2 tahun
Ujian kehamilan di rumah positif. Bagaimana ingin tahu sama ada benar-benar mengandung atau kesan dari keguguran?
Hai doktor
Saya ingin bertanya.
Jika kita baru keguguran, tahap hcg akan ada didalam badan dari 4-6 minggu mengikut tahap kandungan.
Sekiranya, kita keguguran dibawah usia kandungan 1 bulan. Berapa lama sebenarnya hcg akan ada di dalam badan?
Dan jika selepas 5 minggu keguguran, kita membuat ujian kehamilan dan didapati positif. Adakah kita mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anmda bertanya tentang tempoh paras hcg di dalam badan selepas keguguran. Saya akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, tempoh paras hormon ini berada di dalam badan selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap kehamilan ketika keguguran, jenis kehamilan dan faktor lain seperti punca keguguran dan latar belakang kesihatan anda.
Mengenai ujian kehamilan yang positif, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi mengesahkan keadaan anda.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk konsultasi secara atas talian bagi penerangan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.