Sulit
2 tahun
Upt samar berturut turut
Hi doc, sy telah lewat haid selama 3 hari apabila sy melakukan ujian UPT saya dapati line T agak samar. Sy dah lakukan sebanyak 2 kali pada hari yg seterusnya tetapi keputusan jugak agak samar. Adakah sy mengandung / sebaliknya? Dan bila waktu yang sesuai untuk sy buat UPT lg bagi dapatkan result yg jelas? Terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive.
Selain itu,ujian UPT yang samar atau kabur boleh membawa kepada kekeliruan sama ada anda sebenarnya mengandung atau tidak, anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.
- Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
- Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
- Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
- Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
- Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
- Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
- Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya ujian tambahan seperti ujian darah dapat dijalankan untuk mengesahkan kehamilan.
Anda boleh menghubungi pakar ibu dan anak kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.