aida.mraz6

5 tahun

Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan?

Salam doktor, saya nak tanya cara sebenar guna alat ujian kehamilan. Sebab ada banyak alat ujian di pasaran dan saya tak tahu mana satu yang saya patut beli dan guna. Apa bezanya alat ujian kehamilan ni? Ada yang lebih accurate ke? Kalau cara guna semua samakah? Saya kalau boleh nak yang murah, senang dapat dan senang guna. Ada cadangan tak doktor? Terima kasih sudi jawab.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Alat ujian kehamilan mengesan hormon hCG yang dikumuhkan di dalam air kencing. Kadar hormon ini adalah tinggi ketika hamil. Untuk makluman pihak anda, semua jenis alat kehamilan yang terdapat di pasaran adalah menggunakan mekanisma yang sama. Namun mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi langkah penggunaan bagi produk-produk alat ujian kehamilan yang berlainan.

Langkah menggunakan alat ujian kehamilan secara am:

  • Kumpulkan air kencing aliran tengah (midstream urine). Cara melakukan langkah ini adalah dengan melepaskan kencing sedikit terlebih dahulu ke dalam mangkuk tandas sebelum mengumpulkan sampel air kencing di dalam bekas.

  • Rendamkan bahagian hujung alat ujian kehamilan yang menyerap (biasanya bertanda) ke dalam bekas berisi air kencing yang dikumpulkan

  • Tunggu sehingga garisan pertama mucul pada alat ujian kehamilan

  • Jika garisan kedua muncul dengan terang selepas beberapa minit garisan pertama kelihatan, ujian kehamilan adalah positif

Antara alat ujian kehamilan yang terdapat di pasaran adalah:

  1. Dip N Tell Pregnancy Test
  2. Clearblue Pregnancy Test Kit

Terdapat sejenis lagi alat ujian yang dipanggil ovulation test kit. Alat ini walaupun digunakan dengan cara yang sama dengan alat ujian kehamilan, namun hanya menunjukkan ovulasi (pengeluaran telur/ovum) dan keputusan postif tidak bermakna hamil. Contoh kit ujian ini adalah

1.Bio Test Ovulation Pregnancy Kit

Anda boleh hubungi doktor atau farmasi kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

pregnancy-upt

Dr Alan,

3 tahun

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)