Sulit
3 tahun
Waktu untuk upt test
hai doktor…pada 21/8 saya telah berhubungan seks bersama pasangan saya… tapi selepas 1 bulan psangan saya telah buat upt untuk memeriksa kehamilan tapi ianya negetif…adakah masa 1bulan itu masih terlalu awal untuk buat upt? dan berapakah tempoh yang paling sesuai untuk melakukan upt ini selepas brhubungan seks?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang ujian kehamilan pasangan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk mendapatkan kepastian sama ada anda hamil atau tidak, anda boleh melakukan test upt. Ujian air kencing hormon gonadotropin manusia (hCG) adalah ujian UPT. Plasenta wanita hamil menghasilkan hCG , juga dikenali sebagai hormon kehamilan. Jika anda mengandung, ujian biasanya boleh mengesan hormon ini dalam air kencing anda kira-kira 10 hari selepas haid terlepas pertama anda. Ini adalah apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim. Semasa kehamilan 8 hingga 10 minggu pertama, tahap hCG biasanya meningkat dengan pesat. Tahap hCG ini mencapai puncaknya pada kira-kira minggu ke-10 kehamilan , dan kemudian secara beransur-ansur menurun sehingga anda bersalin.
Selain itu, untuk makluman anda melakukan hubungan seksual tidak semestinya akan menyebabkan hamil Ini bergantung kepada sperma lelaki dan ovum wanita serta kitaran haid wanita itu serta banyak faktor lain.
Namun, untuk mendapatkan kepastian, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor berkenaan kehamilan pasangan anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.